Isnin, 4 Mac 2013

25 Februari 2013

Kami diberitahu mengenai dasar dalam negara yang terbaru iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Pensyarah membincangkan  dan menerangkan mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai anjakan dan transformasi negara. Dasar baru ini adalah sangat bagus untuk membantu para guru dan pelajar di dalam sistem pendidikan untuk memajukan dan meningkatkan prestasi pendidikan Malaysia dan menyahut matlamat wawasan 2020. Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan ini ada tiga elemen yang sangat ditekankan iaitu INPUT - PROSES - OUTPUT. Ketiga-tiga elemen ini saling berkait rapat dan output adalah hasil daripada permulaannya. 

Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, kaedah-kaedah dan pendekatan yang perlu dicapai dan dilakukan ialah :-
1. Menerangkan konsep pengajaran dan pembelajaran dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
2. Merancang aktiviti bagi bayi dan kanak-kanak bertatih, berdasarkan pendekatan yang dipilih.
3. Menyusun ruang fizikal bersesuaian bagi seting pendidikan awal kanak-kanak peringkat bayi dan kanak-kanak bertatih.
4. Merancang aktiviti perkembangan bersesuaian, salah satu kaedah yang digunakan ialah penyusunan jadual.
5. Latihan akan diberi sebagai perancangan kepada perkembangan. 



Selain itu, sub-topik perubahan dan perkembangan kanak-kanak juga dibincangkan iaitu umur kanak-kanak sama, contohnya kanak-kanak berumur 6 tahun tetapi pemikiran dan perkembangan mereka tidak sama. Hal ini demikian kerana, pengalaman-pengalaman awal mereka, persekitaran mereka dan gaya pendidikan dari rumah yang menyebabkan faktor kepada perbezaan pemikiran dan perkembangan mereka. Oleh itu, tanggungjawab ibu bapa dan guru untuk memberi dan menyediakan ruang fizikal yang membolehkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial kanak-kanak itu dapat dibangunkan dengan lebih baik. Contohnya kanak-kanak tadika mereka perlukan permainan interaksi dan permainan yang menyeronokkan mereka.



Tiada ulasan: