Rabu, 15 Mei 2013

DR.HOWARD GARDNER


SIAPAKAH BELIAU???

Howard Gardner dilahirkan pada 11 Julai 1943 di Scrannton, Pennyslavania. Nama ibu bapa beliau ialah Ralph Gardner dan Hilde Wilheimer. Howard Gardner mendapat ijazah pertama daripada Harvard University dalam bidang Hubung Sosial (1965) dengan tesis yang berjudul "The Retirement Community in America". Selepas itu beliau menyambung sarjana di London, England dalam bidang Ekonomi (Membaca bidang falsafah dan sosiologi, 1965-1966). Beliau juga menyambung Ph.D di Harvard University dalam bidang penyelidikan psikologi sosial/psikologi perkembangan pada 1971 dan judul tesisnya ialah "The Development of Sensitivity to Figural and Stylistic Aspects of Paintings". Dr.Howard Gardner juga menyambung pendidikannya di Harvard Medical School dan Boston University, Aphasia Research Center sebagai Postdoctoral fellow pada tahun 1971-1972.

Antara kerjaya Dr.Howard Gardner ialah pernah bekerja sebagai guru piano (1958-1969), guru sekolah rendah di Newton pada tahun 1969, bekerja sebagai penyelidik di Boston Veterans Administration Medical Center (1972-1974), beliau juga pernah bekerja sebagai penyelidik neurologi, di Boston University School of Medicine (1972-1975). Beliau juga pernah menjadi pensyarah  dalam pendidikan di Harvard Graduate School of Education pada tahun 1974 -1986. Dr.Howard Gardner juga pernah bekerja di Associate Professor of Neurology, Boston University School of Medicine pada tahun 1979 sehingga 1984 dan  beliau bekerja sebagai professor neurology di sekolah perubatan Universiti Boston pada tahun 1984 - 1987.
Antara anugerah dan pencapaian yang pernah diberikan kepadanya ialah MacArthur Prize Fellowship (1981), National Psychology Award for Excellence in Media of the American Psychology Association pada 1984, William James Award (1987), Educational Press of America, Distinguished Achievement Award (1989). Guggenheim Fellowship (2000), One of the top 100 most influential public intellectuals in the world in the years 2005 and 2008 dan menerima anugerah Prince of Asturias pada tahun 2011 dalam bidang sains sosial untuk teori perkembangan pelbagai kecerdasan.

Antara hasil karya beliau ialah (1991) The Unschooled Mind : How Children Think and How Schools Should Teach, (1993) Multple intelligences : The theory in practice, (1983/2003) Frames of mind. The theory of multiple intelligences, (1999) Intelligence reframed dan tahun (2000) The Disciplined Mind : Beyond Facts And Standardized Tests, The K-12 Education That Every Child Deserves.




















 9 PELBAGAI KECERDASAN MENURUT HOWARD GARDNER

  • Kecerdasan Linguistik/Bahasa
  • Kecerdasan Matematik
  • Kecerdasan Visual/Ruang
  • Kecerdasan Muzik
  • Kecerdasan Kinestetik
  • Kecerdasan Naturalis
  • Kecerdasan Intrapersonal
  • Kecerdasan Interpersonal
  • Kecerdasan Eksistensial/Spiritual

Kecerdasan Linguistik/bahasa
* Keupayaan untuk menggunakan bahasa, secara lisan dan bertulis. Boleh menjadi penulis, penterjemah. pemidato dan pembaca yang baik.

Kecerdasan Matematik
*Berupaya bermain dengan corak numerikal dan suka kepada angka (kod, data, statistik, graf), mempunyai kebolehan berfikir secara rasional dan abstrak.Mempunyai kecenderungan sebagai jurutera, pakar statistik dan saintis.

Kecerdasan Visual/Ruang
*Berupaya melihat sesuatu secara jauh dan mendalam. Memiliki imaginasi yang tinggi dan mampu mencipta sesuatu yang baru yang tidak difikirkan oleh orang lain. Mempunyai kebolehan mengamati ruang persekitaran dengan tepat. Cenderung sebagai arkitek, juruterbang dan pengukir.

Kecerdasan Muzik
*Kebolehan menghasilkan irama, lagu yang indah dan merdu. Mahir membaca notasi. Menghargai dan dapat menghayati keindahan irama dan lagu. Cenderung sebagai komposer lagu, penyanyi dan pemuzik.

Kecerdasan Kinestetik
*Kebolehan untuk menyelesaikan masalah atau mencipta barangan menggunakan pergerakan tubuh badan. Kecerdasan ini juga mempunyai kebolehan mental untuk mengkoordinasi pergerakan badan. Turut berkait rapat dengan koordinasi dan keseimbangan badan. Cenderung menjadi penari dan ahli sukan.

Kecerdasan Naturalis
*Keupayaan menyelesaikan masalah dengan membezakan, mengklasifikasi dan menggunakan pengetahuan tentang pelbagai unsur flora dan fauna. Cenderung untuk suka berada di persekitaran yang hijau. Cenderung untuk memilih kerjaya yang mempunyai kaitan dengan alam seperti ahli botani.

Kecerdasan Intrapersonal
*Keupayaan memahami diri sendiri, menghargai perasaan orang lain, mempunyai motivasi diri. Kebolehan untuk menilai diri sendiri serta mempunyai gambaran yang tepat terhadap diri sendiri. Kemahiran mengenalpasti kelemahan serta kekuatan diri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir. Mampu menyelesaikan masalah sendiri.

Kecerdasan Interpersonal
*Kecerdasan ini berkait rapat dengan emosi. Mempunyai kemahiran berkomunikasi, kebolehan memahami perasaan dan bekerjasama dengan orang lain. Kemahiran interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain. Cenderung bekerja sebagai terapis, kaunselor dan guru.

Kecerdasan Eksistensial/Spiritual
* Kecerdasan yang berkaitan kepekaan menghubungkan antara keberadaan diri dengan alam semesta. Individu yang berminat tentang hayat, evolusi manusia, nilai-nilai kerohanian dan kematian. Cenderung sebagai ahli falsafah, spiritualis, ilmuwan dan seniman. 




AKTIVITI BERSESUAIAN BAGI TEORI PELBAGAI KECERDASAN



Kecerdasan Verbal-Linguistik


  • Bercerita
  • Perbincangan Kumpulan
  • Memperbaiki tatabahasa
Kecerdasan Logikal Matematik
  • Patterning ( Gunakan lego @ blok kayu )
  • Pengukuran ( Saiz, bentuk, berat, cecair, jarak )\
  • Visual ( Board & Game )
Kecerdasan Muzik


  • Memasang lagu latar di dalam kelas
  • Lagu untuk setiap subjek
  • Membuat alat-alat muzik di dalam kelas
Kecerdasan Kinestatik
  • Pengezonan Kelas - Contohnya zon masuk, zon kerja, zon penyimpanan, zon pameran, zon perpustakaan, zon selesa dan zon pergerakan
  • Drama, Role-Play, Tarian, Lawatan
Kecerdasan Naturalis

  • Muzium dalam kelas
  • Membuat rantai makanan
  • Pusat Pembelajaran Naturalis
  • Aktiviti luar kelas ( nature walk, adopt a tree)
Kecerdasan Intrapersonal

  • Ekpresi diri melalui emosi dan perasaan dan juga melalui seni muzik, seni visual

Kecerdasan Interpersonal

  • Aktiviti "menerima perbezaan'
  • R.E.A.L KIDS (Result Enchancing Through Active Learning)

Selasa, 14 Mei 2013

PENDEKATAN PERMATA






PERMATA merupakan pusat pendidikan untuk awal kanak-kanak yang berusia 0 sehingga 4 tahun. Program PERMATA mempunyai kurikulum tersendiri yang dijadikan sebagai garis panduan dalam menyediakan pendidikan kepada awal kanak-kanak. Program PERMATA lebih banyak menggunakan pendekatan belajar sambil bermain di dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Banyak aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk merangsang dan mengembangkan deria dengar, lihat, sentuh, merasa dan menghidu bayi dan kanak-kanak. Selain itu, program PERMATA memgembangkan bakat dan potensi kanak-kanak yang berkualiti dan holistik melalui pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan dan lebih efektif. Setiap pengajaran dan pembelajaran adalah dengan bimbingan dan pengawasan guru-guru. Aktiviti Program PERMATA ialah aktiviti yang dapat membantu meningkatkan kemahiran motor halus dan kemahiran motor kasar kanak-kanak, memperbaiki kemahiran sosial mereka, kognitif, kreativiti dan emosi mereka. Program PERMATA akan menggalakkan perkembangan bakat kanak-kanak seperti tarian, lakonan, seni dan muzik. Ini dapat memberikan kelebihan kepada mereka kerana mempunyai nilai tambah lain yang dapat meningkatkan keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang lain. Selain itu, mereka mempunyai pengalaman yang berbeza dan menyeronokkan daripada kanak-kanak yang lain.



Kewajaran Usia 4 Tahun Melangkah Ke Alam Persekolahan 


Kanak-kanak usia 4 tahun wajar memasuki ke alam persekolahan kerana mereka sudah mahir memegang pensel. Kemahiran memegang pensel ialah kemahiran pengawalan motor halus kanak-kanak yang memegang objek menggunakan jari dan tangan untuk melakukan tugas dan kerja. Apabila kanak-kanak usia 4 tahun memasuki alam persekolahan, kemahiran motor halus mereka dapat ditingkatkann berbanding kanak-kanak usia 4 tahun yang tidak memasuki alam persekolahan. Selain itu, kanak-kanak usia 4 tahun yang memasuki sekolah akan menemui persekitaran yang baru kerana berhadapan dengan ramai kawan-kawan di sekolah. Ini akan membolehkan mereka lebih yakin apabila bergaul dengan kawan-kawan. Di samping itu, kanak-kanak usia 4 tahun akan belajar bersosial dengan kawan-kawan yang berlainan agama, bangsa dan warna kulit. Perbezaan ini perlu diberikan galakan positif di sekolah dengan peranan penting guru untuk mendidik mereka melalui perkongsian barang mainan, bekerja di dalam kumpulan dan bermain bersama-sama kawan tanpa sikap prejudis dan ini dapat memupuk kanak-kanak supaya mempunyai perasaan saling memahami antara satu dengan yang lain dan juga sikap perpaduan.