Selasa, 14 Mei 2013

PENDEKATAN PERMATA






PERMATA merupakan pusat pendidikan untuk awal kanak-kanak yang berusia 0 sehingga 4 tahun. Program PERMATA mempunyai kurikulum tersendiri yang dijadikan sebagai garis panduan dalam menyediakan pendidikan kepada awal kanak-kanak. Program PERMATA lebih banyak menggunakan pendekatan belajar sambil bermain di dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Banyak aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk merangsang dan mengembangkan deria dengar, lihat, sentuh, merasa dan menghidu bayi dan kanak-kanak. Selain itu, program PERMATA memgembangkan bakat dan potensi kanak-kanak yang berkualiti dan holistik melalui pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan dan lebih efektif. Setiap pengajaran dan pembelajaran adalah dengan bimbingan dan pengawasan guru-guru. Aktiviti Program PERMATA ialah aktiviti yang dapat membantu meningkatkan kemahiran motor halus dan kemahiran motor kasar kanak-kanak, memperbaiki kemahiran sosial mereka, kognitif, kreativiti dan emosi mereka. Program PERMATA akan menggalakkan perkembangan bakat kanak-kanak seperti tarian, lakonan, seni dan muzik. Ini dapat memberikan kelebihan kepada mereka kerana mempunyai nilai tambah lain yang dapat meningkatkan keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang lain. Selain itu, mereka mempunyai pengalaman yang berbeza dan menyeronokkan daripada kanak-kanak yang lain.



Kewajaran Usia 4 Tahun Melangkah Ke Alam Persekolahan 


Kanak-kanak usia 4 tahun wajar memasuki ke alam persekolahan kerana mereka sudah mahir memegang pensel. Kemahiran memegang pensel ialah kemahiran pengawalan motor halus kanak-kanak yang memegang objek menggunakan jari dan tangan untuk melakukan tugas dan kerja. Apabila kanak-kanak usia 4 tahun memasuki alam persekolahan, kemahiran motor halus mereka dapat ditingkatkann berbanding kanak-kanak usia 4 tahun yang tidak memasuki alam persekolahan. Selain itu, kanak-kanak usia 4 tahun yang memasuki sekolah akan menemui persekitaran yang baru kerana berhadapan dengan ramai kawan-kawan di sekolah. Ini akan membolehkan mereka lebih yakin apabila bergaul dengan kawan-kawan. Di samping itu, kanak-kanak usia 4 tahun akan belajar bersosial dengan kawan-kawan yang berlainan agama, bangsa dan warna kulit. Perbezaan ini perlu diberikan galakan positif di sekolah dengan peranan penting guru untuk mendidik mereka melalui perkongsian barang mainan, bekerja di dalam kumpulan dan bermain bersama-sama kawan tanpa sikap prejudis dan ini dapat memupuk kanak-kanak supaya mempunyai perasaan saling memahami antara satu dengan yang lain dan juga sikap perpaduan.







Tiada ulasan: