Rabu, 15 Mei 2013

DR.HOWARD GARDNER


SIAPAKAH BELIAU???

Howard Gardner dilahirkan pada 11 Julai 1943 di Scrannton, Pennyslavania. Nama ibu bapa beliau ialah Ralph Gardner dan Hilde Wilheimer. Howard Gardner mendapat ijazah pertama daripada Harvard University dalam bidang Hubung Sosial (1965) dengan tesis yang berjudul "The Retirement Community in America". Selepas itu beliau menyambung sarjana di London, England dalam bidang Ekonomi (Membaca bidang falsafah dan sosiologi, 1965-1966). Beliau juga menyambung Ph.D di Harvard University dalam bidang penyelidikan psikologi sosial/psikologi perkembangan pada 1971 dan judul tesisnya ialah "The Development of Sensitivity to Figural and Stylistic Aspects of Paintings". Dr.Howard Gardner juga menyambung pendidikannya di Harvard Medical School dan Boston University, Aphasia Research Center sebagai Postdoctoral fellow pada tahun 1971-1972.

Antara kerjaya Dr.Howard Gardner ialah pernah bekerja sebagai guru piano (1958-1969), guru sekolah rendah di Newton pada tahun 1969, bekerja sebagai penyelidik di Boston Veterans Administration Medical Center (1972-1974), beliau juga pernah bekerja sebagai penyelidik neurologi, di Boston University School of Medicine (1972-1975). Beliau juga pernah menjadi pensyarah  dalam pendidikan di Harvard Graduate School of Education pada tahun 1974 -1986. Dr.Howard Gardner juga pernah bekerja di Associate Professor of Neurology, Boston University School of Medicine pada tahun 1979 sehingga 1984 dan  beliau bekerja sebagai professor neurology di sekolah perubatan Universiti Boston pada tahun 1984 - 1987.
Antara anugerah dan pencapaian yang pernah diberikan kepadanya ialah MacArthur Prize Fellowship (1981), National Psychology Award for Excellence in Media of the American Psychology Association pada 1984, William James Award (1987), Educational Press of America, Distinguished Achievement Award (1989). Guggenheim Fellowship (2000), One of the top 100 most influential public intellectuals in the world in the years 2005 and 2008 dan menerima anugerah Prince of Asturias pada tahun 2011 dalam bidang sains sosial untuk teori perkembangan pelbagai kecerdasan.

Antara hasil karya beliau ialah (1991) The Unschooled Mind : How Children Think and How Schools Should Teach, (1993) Multple intelligences : The theory in practice, (1983/2003) Frames of mind. The theory of multiple intelligences, (1999) Intelligence reframed dan tahun (2000) The Disciplined Mind : Beyond Facts And Standardized Tests, The K-12 Education That Every Child Deserves.




















 9 PELBAGAI KECERDASAN MENURUT HOWARD GARDNER

  • Kecerdasan Linguistik/Bahasa
  • Kecerdasan Matematik
  • Kecerdasan Visual/Ruang
  • Kecerdasan Muzik
  • Kecerdasan Kinestetik
  • Kecerdasan Naturalis
  • Kecerdasan Intrapersonal
  • Kecerdasan Interpersonal
  • Kecerdasan Eksistensial/Spiritual

Kecerdasan Linguistik/bahasa
* Keupayaan untuk menggunakan bahasa, secara lisan dan bertulis. Boleh menjadi penulis, penterjemah. pemidato dan pembaca yang baik.

Kecerdasan Matematik
*Berupaya bermain dengan corak numerikal dan suka kepada angka (kod, data, statistik, graf), mempunyai kebolehan berfikir secara rasional dan abstrak.Mempunyai kecenderungan sebagai jurutera, pakar statistik dan saintis.

Kecerdasan Visual/Ruang
*Berupaya melihat sesuatu secara jauh dan mendalam. Memiliki imaginasi yang tinggi dan mampu mencipta sesuatu yang baru yang tidak difikirkan oleh orang lain. Mempunyai kebolehan mengamati ruang persekitaran dengan tepat. Cenderung sebagai arkitek, juruterbang dan pengukir.

Kecerdasan Muzik
*Kebolehan menghasilkan irama, lagu yang indah dan merdu. Mahir membaca notasi. Menghargai dan dapat menghayati keindahan irama dan lagu. Cenderung sebagai komposer lagu, penyanyi dan pemuzik.

Kecerdasan Kinestetik
*Kebolehan untuk menyelesaikan masalah atau mencipta barangan menggunakan pergerakan tubuh badan. Kecerdasan ini juga mempunyai kebolehan mental untuk mengkoordinasi pergerakan badan. Turut berkait rapat dengan koordinasi dan keseimbangan badan. Cenderung menjadi penari dan ahli sukan.

Kecerdasan Naturalis
*Keupayaan menyelesaikan masalah dengan membezakan, mengklasifikasi dan menggunakan pengetahuan tentang pelbagai unsur flora dan fauna. Cenderung untuk suka berada di persekitaran yang hijau. Cenderung untuk memilih kerjaya yang mempunyai kaitan dengan alam seperti ahli botani.

Kecerdasan Intrapersonal
*Keupayaan memahami diri sendiri, menghargai perasaan orang lain, mempunyai motivasi diri. Kebolehan untuk menilai diri sendiri serta mempunyai gambaran yang tepat terhadap diri sendiri. Kemahiran mengenalpasti kelemahan serta kekuatan diri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir. Mampu menyelesaikan masalah sendiri.

Kecerdasan Interpersonal
*Kecerdasan ini berkait rapat dengan emosi. Mempunyai kemahiran berkomunikasi, kebolehan memahami perasaan dan bekerjasama dengan orang lain. Kemahiran interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain. Cenderung bekerja sebagai terapis, kaunselor dan guru.

Kecerdasan Eksistensial/Spiritual
* Kecerdasan yang berkaitan kepekaan menghubungkan antara keberadaan diri dengan alam semesta. Individu yang berminat tentang hayat, evolusi manusia, nilai-nilai kerohanian dan kematian. Cenderung sebagai ahli falsafah, spiritualis, ilmuwan dan seniman. 




AKTIVITI BERSESUAIAN BAGI TEORI PELBAGAI KECERDASAN



Kecerdasan Verbal-Linguistik


  • Bercerita
  • Perbincangan Kumpulan
  • Memperbaiki tatabahasa
Kecerdasan Logikal Matematik
  • Patterning ( Gunakan lego @ blok kayu )
  • Pengukuran ( Saiz, bentuk, berat, cecair, jarak )\
  • Visual ( Board & Game )
Kecerdasan Muzik


  • Memasang lagu latar di dalam kelas
  • Lagu untuk setiap subjek
  • Membuat alat-alat muzik di dalam kelas
Kecerdasan Kinestatik
  • Pengezonan Kelas - Contohnya zon masuk, zon kerja, zon penyimpanan, zon pameran, zon perpustakaan, zon selesa dan zon pergerakan
  • Drama, Role-Play, Tarian, Lawatan
Kecerdasan Naturalis

  • Muzium dalam kelas
  • Membuat rantai makanan
  • Pusat Pembelajaran Naturalis
  • Aktiviti luar kelas ( nature walk, adopt a tree)
Kecerdasan Intrapersonal

  • Ekpresi diri melalui emosi dan perasaan dan juga melalui seni muzik, seni visual

Kecerdasan Interpersonal

  • Aktiviti "menerima perbezaan'
  • R.E.A.L KIDS (Result Enchancing Through Active Learning)

Selasa, 14 Mei 2013

PENDEKATAN PERMATA






PERMATA merupakan pusat pendidikan untuk awal kanak-kanak yang berusia 0 sehingga 4 tahun. Program PERMATA mempunyai kurikulum tersendiri yang dijadikan sebagai garis panduan dalam menyediakan pendidikan kepada awal kanak-kanak. Program PERMATA lebih banyak menggunakan pendekatan belajar sambil bermain di dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Banyak aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk merangsang dan mengembangkan deria dengar, lihat, sentuh, merasa dan menghidu bayi dan kanak-kanak. Selain itu, program PERMATA memgembangkan bakat dan potensi kanak-kanak yang berkualiti dan holistik melalui pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan dan lebih efektif. Setiap pengajaran dan pembelajaran adalah dengan bimbingan dan pengawasan guru-guru. Aktiviti Program PERMATA ialah aktiviti yang dapat membantu meningkatkan kemahiran motor halus dan kemahiran motor kasar kanak-kanak, memperbaiki kemahiran sosial mereka, kognitif, kreativiti dan emosi mereka. Program PERMATA akan menggalakkan perkembangan bakat kanak-kanak seperti tarian, lakonan, seni dan muzik. Ini dapat memberikan kelebihan kepada mereka kerana mempunyai nilai tambah lain yang dapat meningkatkan keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang lain. Selain itu, mereka mempunyai pengalaman yang berbeza dan menyeronokkan daripada kanak-kanak yang lain.



Kewajaran Usia 4 Tahun Melangkah Ke Alam Persekolahan 


Kanak-kanak usia 4 tahun wajar memasuki ke alam persekolahan kerana mereka sudah mahir memegang pensel. Kemahiran memegang pensel ialah kemahiran pengawalan motor halus kanak-kanak yang memegang objek menggunakan jari dan tangan untuk melakukan tugas dan kerja. Apabila kanak-kanak usia 4 tahun memasuki alam persekolahan, kemahiran motor halus mereka dapat ditingkatkann berbanding kanak-kanak usia 4 tahun yang tidak memasuki alam persekolahan. Selain itu, kanak-kanak usia 4 tahun yang memasuki sekolah akan menemui persekitaran yang baru kerana berhadapan dengan ramai kawan-kawan di sekolah. Ini akan membolehkan mereka lebih yakin apabila bergaul dengan kawan-kawan. Di samping itu, kanak-kanak usia 4 tahun akan belajar bersosial dengan kawan-kawan yang berlainan agama, bangsa dan warna kulit. Perbezaan ini perlu diberikan galakan positif di sekolah dengan peranan penting guru untuk mendidik mereka melalui perkongsian barang mainan, bekerja di dalam kumpulan dan bermain bersama-sama kawan tanpa sikap prejudis dan ini dapat memupuk kanak-kanak supaya mempunyai perasaan saling memahami antara satu dengan yang lain dan juga sikap perpaduan.







Rabu, 27 Mac 2013

12 Mac 2013

Pada 12 Mac 2013, saya mendapat banyak input mengenai subjek Strategi Pengajaran & Perancangan Program. Apa yang saya dapati ialah persoalan mengenai kenapa perlu ada teori? iaitu teori-teori perkembangan. Teori diperlukan untuk membantu di dalam proses pengajaran dan  pembelajaran, teori dapat membantu menyelesaikan masalah manusia., melalui teori kita akan tahu menilai, memerhati dan mengkaji sesuatu, teori ialah psikologi kepada manusia dan teori adalah sebagai satu rujukan kepada manusia di dalam bidang pendidikan untuk memberi kefahaman dalam semua aplikasi kehidupan manusia. 

Teori-Teori Perkembangan

Pertumbuhan dan perkembangan sangat penting kerana pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua proses yang saling berkait. Melalui pengetahuan psikologi, pertumbuhan dan perkembangan membolehkan guru memahami perkembangan konsep yang dicapai oleh kanak-kanak pelbagai peringkat umur. 

Menurut Sharifah Alwiah Alsagof, matlamat bidang psikologi pertumbuhan dan perkembangan adalah untuk :
  • Meramal tingkah laku
  • Memahami mekanisme, proses dan penentu tingkah laku
  • Beri pemerian yang tepat, objektif, dan sempurna tentang asal-usul fungsi
Definisi Pertumbuhan
*Kamarudin Husin (1997:4) suatu perubahan yang boleh dinilai @ diukur satu peringkat satu peringkat perkembangan yang lain dari satu jangka masa yang lain.

Definisi Perkembangan
*Perubahan tingkah laku yang tersusun dan teratur. Semua perubahan dalam perkembangan ini akan membantu individu dalam proses mencapai kematangan.
*Perkembangan adalah dihasilkan daripada tindakan yang saling berkaitan di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.
*Jangan suka menghukum kerana ia akan membawa kepada masalah jiwa.
*Menurut Atan Long, perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualiti.



TEORI-TEORI UTAMA DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

1. Teori Perkembangan Arnold Gesell


Arnold Gesell telah membahagikan kepada 5 peringkat perkembangan kanak-kanak daripada usia ( 0 - 4 tahun ke atas ). Setiap peringkat usia bayi atau kanak-kanak mempunyai kebolehan dan kemahiran mengikut tahap kemampuan umur mereka. Contohnya bayi yang berusia 1 bulan boleh menangis dan bayi berusia 7 bulan mempunyai kemahiran menggenggam, merangkak dan duduk. Perkembangan mereka terhadap persekitaran fizikal dan alam sekeliling adalah berperingkat-peringkat dan lebih spesifik, kerana Arnold Gesell telah membuat pemerhatian dan kajian ke atas bayi dan kanak-kanak dari usia ( 0 -4 tahun ke atas ) dengan menyenaraikan kebolehan dan kemahiran bayi dan kanak-kanak tersebut mengikut tahap perkembangan usia mereka. Ibu bapa dan guru boleh merujuk kepada teori perkembangan Arnold Gesell ini sebagai panduan bagi membantu anak-anak mereka mencapai kebolehan dan kemahiran yang sepatutnya agar mereka lebih bersedia untuk berhadapan, meneroka dan memasuki alam persekolahan dengan lebih mudah dan seronok.



2. Teori Perkembangan Jean Piaget

Teori perkembangan Jean Piaget berfokus kepada elemen konstruktivisme, iaitu bayi dan kanak-kanak belajar daripada interaksi-interaksi dan pengalaman mereka melalui persekitaran dan diaplikasikan di dalam kehidupan yang nyata. 

4 Konsep Utama Perkembangan Kognitif Jean Piaget

1.Skema (Schema)
2.Asimilasi (Penyerapan)
3.Akomodasi (Pengubahsuaian) 
4.Equilibirium (Keseimbangan)

4 Peringkat Perkembangan Kognitif Jean Piaget 

1. Peringkat Sensori Motor ( 0-2 tahun )
2. Peringkat Pra Operasi ( 2-7 tahun)
3. Peringkat Operasi Konkrit ( 7-12 tahun)
4. Peringkat Formal ( 12 tahun ke atas )

Setiap peringkat perkembangan kognitif Jean Piaget tersebut merupakan tahap-tahap perkembangan  dan kemahiran bayi dan kanak-kanak mengikut umur mereka. Contohnya pada peringkat sensori motor iaitu berumur ( 0- 2 tahun ) kanak-kanak suka menghisap jari, menghisap jari adalah skema kepada kanak-kanak yang berumur ( 0 - 2 tahun ). Seterusnya kanak-kanak yang berumur ( 2- 7 tahun ) sudah pandai bercakap dan tahu akan maksud sesuatu perkataan dan bahasa kerana pada tahap ini mereka sudah mula mempelajari perbendaharaan kata yang banyak. Pada peringkat ini juga, perasaan empati mulai ditunjukkan oleh golongan umur ini.



3. Teori Perkembangan Robert Havighurst

Robert Havighurst berpendapat bahawa perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitarannya. Perkembangan personaliti dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-norma serta budaya masyarakat dan persekitarannya. Robert Havighurst juga memperkenalkan Konsep Tugas-Tugas Perkembangan kepada 3 peringkat iaitu ( 0 -6 tahun ), ( 6- 12 tahun ) dan ( 12 - 18 tahun ). Setiap peringkat kepada Tugas-Tugas Perkembangan ini dipengaruhi oleh biologi mereka. Setiap Tugas-Tugas Perkembangan, kanak-kanak akan menunjukkan kebolehan, keupayaan dan kemahiran mereka terhadap diri sendiri. Contohnya, kanak-kanak yang berumur 9 - 15 bulan mula berjalan menggunakan kedua-dua kaki mereka, selepas itu mereka akan mula berlari dan melompat selepas pandai berjalan, ini menunjukkan tugas perkembangan mereka sudah tercapai. Konsep Tugas-Tugas Perkembangan ini amat berguna kepada guru supaya dapat merancang aktiviti di dalam kelas secara kumpulan berdasarkan tahap perkembangan masing-masing. Pembelajaran akan lebih sistematik dan tersusun.



4. Teori Perkembangan Sigmund Freud

Sigmund Freud membahagikan personaliti manusia kepada tiga bahagian iaitu; id, ego dan superego. Kanak-kanak berkembang melalui 5 peringkat :-

1. Peringkat oral ( lahir - 18 bulan )
2. Peringkat anal/dubur ( 2 - 4 tahun )
3. Peringkat falik/kubul ( 4 - 6 tahun )
4. Peringkat Pendaman ( 6 - 12 tahun )
5. Peringkat kejantinaan ( 12 tahun ke atas )

Setiap kanak-kanak akan berkembang mengikut personaliti yang berbeza sejak dari lahir sehinggalah berumur 12 tahun ke atas. Perkembangan perbezaan personaliti kanak-kanak ini perlu dikawal dan dibimbing oleh ibu bapa dan guru agar tidak menjadi kepada konflik diri terhadap kanak-kanak tersebut. Contohnya mengenai perbezaan seks, jantina dan moral diri kanak-kanak. Ibu bapa dan guru perlu berinteraksi dengan kanak-kanak supaya mereka memahami dan mengetahui perbezaan-perbezaan tersebut.




5. Teori Perkembangan Erik Erikson

Teori perkembangan Erik Erikson dibahagikan kepada 8 fasa;

1. Fasa percaya lawan curiga. ( 0 - 18 bulan ). Kanak-kanak perlukan kasih sayang daripada ibu bapa.

2. Fasa autonomi lawan ragu. ( 18 bulan - 3 tahun ). Kanak-kanak cuba berdikari melakukan aktiviti fizikal tanpa bantuan orang dewasa.

3. Fasa ikhtiar lawan rasa bersalah.  ( 3 - 6 tahun ). Kanak-kanak suka bertanya dan mahukan penjelasan.

4. Fasa berdaya usaha lawan rendah diri. ( 6 -12 tahun ). Kanak-kanak akan menghadapi peringkat pembelajaran kemahiran baru @ menghadapi risiko perasaan rendah diri jika menemui kegagalan.

5. Fasa identiti lawan ego. ( Remaja ). Mencari identiti diri ( personaliti, bidang kerjaya, agama )

6. Fasa intim lawan bersendirian. ( 20-an ). Membina hubungan rapat kawan @ kekasih.

7. Fasa generatif lawan stagnasi. ( 20 -an - 50 tahun ). Kepuasan terhadap sesuatu sumbangan utk generasi akan datang.

8. Fasa integriti lawan rasa kecewa. ( 50 tahun ke atas ).Melalui pelbagai pengalaman dan cabaran hidup.

Kelapan-lapan fasa ini boleh dirujuk sebagai panduan untuk membantu perkembangan diri seseorang individu dan diaplikasikan di dalam kehidupan sebenar. Guru juga boleh menggunakan teori ini untuk membantu kanak-kanak dan murid, mengenai kecenderungan minat mereka contohnya minat kerjaya mereka. Melalui itu, guru dapat memberi galakan dan menyediakan saluran pembelajaran yang sesuai ke arah itu agar kanak-kanak dan murid dapat mencapai hasrat mereka di masa akan datang. 



















Ahad, 10 Mac 2013

HEAD START PROGRAMME


SEJARAH HEAD START

# Nama "Head Start" dipilih oleh ahli akademik yang memahami jurang pencapaian dan pertengahan.
# Head Start program prasekolah yang dirancang oleh kerajaan Amerika Syarikat.
# Bagi membantu kanak-kanak berumur dari lahir sehingga lima tahun ( 0-5 tahun).
# Keluarga mereka dalam kalangan berpendapatan rendah @ di bawah paras kemiskinan.
# Presiden Lyndon Johnson meluluskan Head Start pada tahun 1965.
# Banyak kajian dijalankan yang menjadi asas perlunya Head Start ditubuhkan.
# Bloom mendapati kanak-kanak 4 - 5 tahun dalam tempoh masa kritikan kerana masa berlakunya pertumbuhan intelek dan masa terbaik memberi kesan positif.
# Sebahagian daripada pembelajaran berlaku sebelum 5 tahun.


MATLAMAT PROGRAM HEAD START

1. Menyediakan keperluan kesihatan dan bantuan makanan
2. Menanam ciri dan nilai kejayaan yang boleh mempertingkatkan daya usaha dan pembelajaran dan perkembangan menyeluruh.
3. Memperbaiki kebolehan kanak-kanak dan keluarga mereka dalam aspek perhubungan berasaskan perhubungan kesihatan.
4. Mempertingkatkan kemahiran dan proses mental, kemahiran konsep dan kemahiran bahasa kanak-kanak.
5. Kerjasama ibu bapa ( mempertingkatkan pertumbuhan kanak-kanak ).


KURIKULUM HEAD START

# Menekankan pemeliharaan kesihatan diri, kecergasan fizikal, kemahiran hidup, perkembangan bahasa, aktiviti sains, kemahiran nombor dan kemahiran bersosial.

PERLAKSANAAN KURIKULUM

1. Kesetiaan perlaksanaan.
2. Pembangunan sokongan profesional.
3. Penilaian berterusan pembelajaran kanak-kanak.

CIRI-CIRI KURIKULUM

* Penilaian berterusan
* Pengajaran responsif
* Sesuai untuk program kaki tangan kanak-kanak dan keluarga
* Khusus matlamat pembelajaran
* Penglibatan keluarga


TUJUAN UTAMA HEAD START

1. Membantu kanak-kanak yang datang dari latar belakang yang kurang beruntung.
2. Membantu kanak-kanak agar pertumbuhan mereka di usia muda dapat mempelajari 3M.
3. Menggalakkan kemajuan mereka ke arah pendidikan awal.





OBJEKTIF PROGRAM HEAD START

1. Mengukuhkan pertumbuhan kesihatan kanak-kanak dan  pertumbuhan.
2. Memperkuat keluarga sebagai pengasuh utama kanak-kanak.
3. Memberi perkhidmatan pendidikan, kesihatan dan nutrisi kanak-kanak.
4. Menghubung kanak-kanak dan keluarga kepada perkhidmatan masyarakat.
5. Menentukan pengurusan program sempurna dengan melibatkan ibu bapa dalam membuat keputusan.










Isnin, 4 Mac 2013

4 Mac 2013

Tajuk kuliah pada hari ini ialah mengenai Falsafah & Matlamat Prasekolah. Falsafah & matlamat prasekolah dikategorikan kepada tiga iaitu falsafah pendidikan kebangsaan, matlamat pendidikan prasekolah dan objektif pendidikan prasekolah.

Falsafah & Matlamat Prasekolah perlu diketahui dan dihayati oleh bakal guru dan pendidik awal kanak-kanak kerana ia melibatkan pencapaian secara holistik yang meningkatkan kemahiran dan perkembangan kanak-kanak. 

Persoalan Mengapa Pendidikan Awal Kanak-kanak Penting? (Laporan oleh Sir Christopher Ball, 1994) perlu dikaji dengan lebih mendalam lagi supaya kita dapat mengetahui kelemahan-kelemahan di dalam sistem pendidikan di Malaysia dan seterusnya dapat memperbaikinya berdasarkan keperluan-keperluan semasa di dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini. 

Antara jawapan hasil daripada perbincangan kami mengenai mengapa pendidikan awal kanak-kanak penting? ialah :-

1. Pendidikan awal kanak-kanak penting kerana iala dapat memelihara ketrampilan diri kanak-kanak itu.
2. Dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan motor kasar mereka.
3. Mendidik mereka untuk berdikari di dalam kehidupan.
4. Menyemai sikap cintakan negara dan semangat patriotik.
5. Mendidik mereka supaya menghormati dan memahami agama dan bangsa lain.




25 Februari 2013

Kami diberitahu mengenai dasar dalam negara yang terbaru iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Pensyarah membincangkan  dan menerangkan mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai anjakan dan transformasi negara. Dasar baru ini adalah sangat bagus untuk membantu para guru dan pelajar di dalam sistem pendidikan untuk memajukan dan meningkatkan prestasi pendidikan Malaysia dan menyahut matlamat wawasan 2020. Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan ini ada tiga elemen yang sangat ditekankan iaitu INPUT - PROSES - OUTPUT. Ketiga-tiga elemen ini saling berkait rapat dan output adalah hasil daripada permulaannya. 

Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, kaedah-kaedah dan pendekatan yang perlu dicapai dan dilakukan ialah :-
1. Menerangkan konsep pengajaran dan pembelajaran dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
2. Merancang aktiviti bagi bayi dan kanak-kanak bertatih, berdasarkan pendekatan yang dipilih.
3. Menyusun ruang fizikal bersesuaian bagi seting pendidikan awal kanak-kanak peringkat bayi dan kanak-kanak bertatih.
4. Merancang aktiviti perkembangan bersesuaian, salah satu kaedah yang digunakan ialah penyusunan jadual.
5. Latihan akan diberi sebagai perancangan kepada perkembangan. 



Selain itu, sub-topik perubahan dan perkembangan kanak-kanak juga dibincangkan iaitu umur kanak-kanak sama, contohnya kanak-kanak berumur 6 tahun tetapi pemikiran dan perkembangan mereka tidak sama. Hal ini demikian kerana, pengalaman-pengalaman awal mereka, persekitaran mereka dan gaya pendidikan dari rumah yang menyebabkan faktor kepada perbezaan pemikiran dan perkembangan mereka. Oleh itu, tanggungjawab ibu bapa dan guru untuk memberi dan menyediakan ruang fizikal yang membolehkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial kanak-kanak itu dapat dibangunkan dengan lebih baik. Contohnya kanak-kanak tadika mereka perlukan permainan interaksi dan permainan yang menyeronokkan mereka.



Sabtu, 2 Mac 2013



Nama diberi Md Izwan Bin Sahidi, berasal dari daerah Keningau, Sabah. 

Saya berharap pembaca mendapat ilmu dan pengetahuan mengenai informasi-informasi yang ada di dalam blog ini. Blog ini adalah untuk subjek PPEK 3104 Perancangan Program & Strategi Pengajaran, yang dibimbing oleh pensyarah kami iaitu Dr. Zuraidah Abdullah. 
Kami diberikan tugasan membuat blog ini untuk memberikan, berkongsi dan bertukar-tukar pendapat mengenai persoalan pendidikan awal kanak-kanak. 

Saya berterima kasih kepada Dr.Zuraidah kerana beliau begitu ikhlas di dalam kelas ketika membimbing kami. Cara beliau menolak saya untuk berfikir dengan kritis mengenai bidang pendidikan awal kanak-kanak dan banyak input yang saya perolehi walaupun dalam masa yang singkat di dalam kelas.